Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar UTM: satu realiti atau mitos?
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tahap kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar-pelajar diploma tahun akhir utm city campus. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk : 1) mengkaji hubungan di antara tahap kebimbangan komunikasi pelajar dengan faktor-faktor demografi seperti j...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/132/2/NikHasnaaNik2006_Kebimbangankomunikasidikalanganpelajar.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/132/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tahap kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar-pelajar diploma tahun akhir utm city campus. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk : 1) mengkaji hubungan di antara tahap kebimbangan komunikasi pelajar dengan faktor-faktor demografi seperti jantina, kursus, tempat tinggal dan pendapatan ibu-bapa, 2) untuk mengkaji hubungan antara tahap kebimbangan komunikasi dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 200 pelajar diploma tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan responden kajian. Alat ukuran prca 24 telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan komunikasi pelajar. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan 29.5% pelajar berada di tahap kebimbangan komunikasi tinggi, 48.5% di tahap kebimbangan komunikasi sederhana dan 22.0% di tahap kebimbangan komunikasi rendah. Hasil ujian khi-ganda dua mennunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebimbangan komunikasi dengan bangsa, kursus, tempat tinggal dan pendapatan ibu-bapa. Walaubagaimanapun hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan komunikasi dengan jantina dan pencapaian akademik. Implikasi kajian dan dan cadangan turut dibincangkan dalam kertas kerja ini. |
---|