Pembinaan dan pengesahan instrumen ujian literasi pentaksiran

Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen Ujian Literasi Pentaksiran (ULP) bagi mengukur tahap literasi pentaksiran guru-guru sekolah menengah di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan tinjauan deskriptif dan pengumpulan data dilakukan dalam tiga fasa iaitu Fasa I - Kajian Keperluan, Fasa II - Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Talib, Rohaya
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/13641/1/RohayaTalibPFP2009.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/13641/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen Ujian Literasi Pentaksiran (ULP) bagi mengukur tahap literasi pentaksiran guru-guru sekolah menengah di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan tinjauan deskriptif dan pengumpulan data dilakukan dalam tiga fasa iaitu Fasa I - Kajian Keperluan, Fasa II - Pembinaan Instrumen dan Fasa III - Pengesahan Instrumen. Kajian keperluan melibatkan aktiviti sorotan literatur, analisis silibus (subjek pengukuran dan penilaian bagi program latihan keguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) dan tinjauan. Soal Selidik 1 dan 2 ditadbir ke atas dua kumpulan responden terdiri daripada 69 orang setiausaha peperiksaan dan 28 orang guru penolong kanan. Konstruk pengetahuan pentaksiran diukur dari lima dimensi iaitu konsep pentaksiran (KOP), kaedah pengukuran (KAP), pengujian (PUJI), penskoran dan penggredan (PSG) dan statistik dan pelaporan (STP). Instrumen ULP dibina berpandukan kepada model pembinaan ujian McIntire dan Miller (2007). Draf ULP mengandungi 60 item aneka pilihan polikotomos telah disemak menggunakan dua prosedur iaitu semakan calon ujian dan semakan pakar. ULP-R1 telah dirintis ke atas 71 orang guru di 15 buah sekolah dari tiga daerah di Negeri Johor. Item ULP dianalisis menggunakan program Quest, gabungan dua teori pengukuran - Teori Ujian Klasik dan Model Rasch berdasarkan empat indikator - Indeks Diskriminasi, Nilai Ambang Kesukaran, Min Kuasa Dua Infit dan Analisis Distraktor. Hasilnya, 26 item diterima dan 29 item diubahsuai. Ujian rintis kedua ditadbir ke atas 465 orang guru sekolah menengah di 155 buah sekolah dari 10 daerah di Negeri Johor yang dipilih berasaskan persampelan rawak berkelompok. Sebanyak 10 item dihapuskan. Indeks kebolehpercayaan Kuder Richardson20 ULP-Akhir menunjukkan nilai .85. Kesahan konstruk dibuktikan dengan nilai Min Kuasa Dua Infit berada dalam julat 0.81-1.28; menunjukkan data sesuai dengan model dan item-item mengukur konstruk yang sama. Analisis tambahan ujian korelasi Pearson Product Moment (r) antara dimensi dengan skor total menunjukkan indeks antara 0.63- 0.89 (tinggi- sangat tinggi). Hasil analisis skor T mendapati 13.33% guru berada di tahap literasi tinggi, 68.82% di tahap literasi sederhana dan 17.85% di tahap literasi rendah. Norm dan profil literasi pentaksiran bagi kumpulan dan dimensi dibincangkan daripada perspektif jantina, jawatan, pengalaman mengajar dan bidang mata pelajaran. Keputusan keseluruhan mendapati min skor T bagi tiga dimensi (KOP, KAP dan PUJI) mengatasi min kajian manakala dua dimensi (PSG dan STP) sebaliknya. Sebagai rumusan, program pembangunan profesionalisme pentaksiran guru dan kerangka sistem pengurusan pentaksiran sekolah dicadangkan.