Pembangunan sosial dalam hubungan etnik

Pembangunan sosial merupakan suatu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia dan sistem sosialnya. Ia berhubung kait dengan dasar, program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat mempertingkatkan kualiti hidup...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Nasir, Zaliza, Ahmad, Norlin
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14763/1/ZalizaMohd.Nasir2009_PembangunanSosialdalamHubunganEtnik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/14763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembangunan sosial merupakan suatu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia dan sistem sosialnya. Ia berhubung kait dengan dasar, program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti diintegrasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Dengan itu, pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam usaha membangunkan negara keseluruhannya. Pembangunan negara tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial. Di samping itu, tahap kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata-mata. Sebaliknya aspek kualitatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan keutuhan budaya perlu juga diambilkira dan diberi perhatian yang wajar. Dengan itu, walaupun kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan Malaysia supaya seiring dengan negara maju yang lain, namun kerajaan tetap mewujudkan pembangunan yang mapan, bersepadu dan holistik.