Persepsi pekerja terhadap kesatuan sekerja: satu kajian di hotel di Johor Bahru

Pertikaian di antara majikan dan pekerja sering berlaku sekiranya wujud ketidakpuasan atau ketidakadilan terhadap sesebuah keputusan majikan terhadap pekerjanya. Kebiasaannya, pihak pekerja akan menyuarakan dan menyalurkan pendapat mereka melalui kesatuan sekerja yang bertindak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Wahab, Shah Rollah, Mohd. Ariff, Lily Suriani, Saari, Roziana, Baharim, Siti Fatimah, Nordin, Nor Akmar, Rajab, Azizah, Tee, Sher Bee
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14768/1/ShahRollahAbdul2009_PersepsiPekerjaTerhadapKesatuanSekerja.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/14768/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pertikaian di antara majikan dan pekerja sering berlaku sekiranya wujud ketidakpuasan atau ketidakadilan terhadap sesebuah keputusan majikan terhadap pekerjanya. Kebiasaannya, pihak pekerja akan menyuarakan dan menyalurkan pendapat mereka melalui kesatuan sekerja yang bertindak sebagai wakil rasmi untuk berunding secara kolektif dengan majikan (Mariam, 1993). Kesatuan sekerja juga merujuk kepada satu pertubuhan yang berdikari, yang akan membuat perundangan kolektif dan terpisah dengan majikan yang berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan keadaan, persekitaran dan syarat pekerjaan dan menggunakan haknya untuk mencapai tujuan dan keperluan pekerja (Green, 1994; Mankiw, 2001). Berdasarkan senario di Malaysia, kesatuan sekerja merujuk kepada satu persatuan atau gabungan pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan keahliannya hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan dan perindustrian yang tertentu atau yang seakan-akan sama. (Akta Kesatuan Sekerja 1959). Manakala menurut Poon (2002), kesatuan sekerja merujuk kepada satu pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan untuk memajukan, memelihara dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi serta politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif.