Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca

Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu (BM) di dalam kelas. Seramai empat pelajar cemerlang dan empat pelajar lemah yang dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahamod, Zamri, Embi, Mohamed Amin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1821/1/JTJUN42E1.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1821/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu (BM) di dalam kelas. Seramai empat pelajar cemerlang dan empat pelajar lemah yang dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas dijadikan peserta kajian. Kajian ‘multicase single site’ ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemui dalam transkrip temu bual tersebut dengan menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan digunakan bersama oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan lemah di dalam kelas dalam menguasai kemahiran membaca BM.