Hubungan antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana hubungan di antara sejarah silam terhadap perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Sejarah silam dikaji melalui soalselidik berdasarkan empat faktor yang didapati memberi pengaruh iaitu faktor keluarga, rakan, sekolah dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Ismail, Norimah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2337/1/AziziYahaya____Hubungan_Antara_sejarah_Silam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2337/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana hubungan di antara sejarah silam terhadap perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Sejarah silam dikaji melalui soalselidik berdasarkan empat faktor yang didapati memberi pengaruh iaitu faktor keluarga, rakan, sekolah dan persekitaran. Personaliti yang dikaji ialah agresif, ekstroversi, intoversi, kritik diri dan sokongan. Sampel yang terpilih adalah secara rawak yang terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat dan lima yang berumur dalam lingkungan 16 dan 17 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai mewakili pelajar bandar dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Ulu Tebrau mewakili pelajar luar bandar. Hasil dapatan kajian rintis yang dijalankan ke atas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (II) mendapati tahap kebolehpercayaan (Alpha Croanbach) ialah 0.7. Data dianalisis menggunakan program SPSS Versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratus, min, Ujian T dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti pelajar.