Menjana budaya ilmu di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi: satu anjakan paradigma

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia berkembang pesat sejak sedekad lalu dengan pelbagai pembaharuan dari segi dasar dan inisiatif. Perkembangan ini dirangka selari dengan kepentingan ilmu dan keperluan pembangunan modal insan, bukan saja untuk keperluan tempatan malah didorong oleh dasar un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Ali, Siti Nazilah, Omar, Khatijah, Ismail, Isma Rosila
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/246/2/SitiNazilahMat2006_Menjanabudayailmudikalangan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/246/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia berkembang pesat sejak sedekad lalu dengan pelbagai pembaharuan dari segi dasar dan inisiatif. Perkembangan ini dirangka selari dengan kepentingan ilmu dan keperluan pembangunan modal insan, bukan saja untuk keperluan tempatan malah didorong oleh dasar untuk menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi berkualiti bagi memenuhi permintaan di rantau ini. Perkembangan ini bukan berlaku secara kebetulan, akan tetapi melalui perancangan strategik dasar kerajaan terhadap sektor pengajian tinggi yang proaktif, kestabilan politik, kepesatan ekonomi dan permintaan tinggi terhadap pengajian tinggi. Matlamat untuk membangunkan modal insan sudah pasti tidak akan tercapai sekiranya pembelajaran di IPT disalahtafsirkan ataupun hanya dianggap sebagai batu loncatan sahaja. Komuniti IPT perlu menyedari bahawa kemajuan ilmu yang sebenar tersurat menerusi kualiti jiwa, minda, aspirasi, cara hidup dan kemahiran yang dibangunkan dalam diri setiap ahli dalam komuniti akademik, termasuklah graduan. Untuk mencapai tahap dan kualiti kemajuan ilmu yang tinggi, dimensi kualiti pengajian tinggi itu sendiri seharusnya kompeten untuk membentuk budaya ilmu. Bagaimana untuk menjana budaya ilmu perlu dibuat perancangan yang rapi dengan mengambil kira aspek individu, proses dan persekitaran untuk menjamin kemampanan pembudayaan ilmu. Kertas kerja ini akan mengupas tentang anjakan paradigma sebagai satu proses perubahan sikap dan tingkahlaku ke arah penjanaan budaya ilmu di IPT. Paradigma baru perlu dibina sebagai asas kepada pembentukan budaya ilmu. Paradigma baru ini boleh dicipta dengan kaedah mewujudkan dan merperlihatkan keperluan dan kepentingannya bagi seseorang individu khususnya dan masyarakat amnya. Sebagai natijahnya, segala dana yang diperuntukkan, perancangan yang dibuat, pengemblengan sumber manusia dan transaksi tidak akan tersasar daripada matlamat penjanaan modal insan sekaligus menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.