Juzclick : kamus multimedia interaktif berasaskan web

Sejajar dengan perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat (IT) sejagat dan pembinaan rancak Koridor Raya Multimedia (MSC), wujudlah pelbagai istilah multimedia yang baru yang kebanyakannya masih belum pernah didengar sebelum ini. Maka ramai pelajar kurang memahami maksud sesuatu istilah multimedia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nurul Syazwani, Tasir, Zaidatun
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/24627/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Sejajar dengan perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat (IT) sejagat dan pembinaan rancak Koridor Raya Multimedia (MSC), wujudlah pelbagai istilah multimedia yang baru yang kebanyakannya masih belum pernah didengar sebelum ini. Maka ramai pelajar kurang memahami maksud sesuatu istilah multimedia itu. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan pelajar serta melibatkan masa yang panjang. Disebabkan itulah, ramai pelajar lebih cenderung untuk memilih Internet sebagai sumber rujukan utama kerana ia menjadikan pembelajaran lebih cekap dan mudah. Justeru, projek ini merupakan pembangunan sebuah aplikasi multimedia yang merupakan satu dimensi baru kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam pembelajaran Teknologi Multimedia. Pembangunan Kamus Multimedia Interaktif Web ini menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam persembahan maklumat bagi memberi kesan dari segi pemahaman kepada pelajar. Projek ini hanya melibatkan istilahistilah multimedia sahaja dan pelajar diberi pilihan sama ada ingin mengetahui definisi dan penerangannya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Proses pembangunan projek ini menggunakan lima fasa daripada Model Air Terjun (Boyle, 1997), iaitu fasa analisis, rekabentuk, implementasi, integrasi dan penyelenggaraan. Dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 sebagai perisian utama, projek ini dibangunkan dengan berkonsepkan interaktif dan mesra pengguna. Diharapkan dengan pembangunan Kamus Multimedia Interaktif Web ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu istilah multimedia sekaligus dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan carian istilah tersebut.