Pengurusan penyenggaraan bangunan hospital melalui penyumberan luar

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah merangsang industri pembinaan bangunan. Pelbagai jenis bangunan dan infrastruktur telah dibina bertujuan untuk menampung permintaan daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat. Oleh itu, bangunan yang dibina menjadi bertambah kompleks dan telah men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Bakar, Intan Nur Diyana, Abdullah, Shahabudin
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/25449/1/ShahabudinAbdullah2008_PengurusanPenyenggaraanBangunanHospitalMelalui.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/25449/
http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FKSG/bookchapter_fkkksa07.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah merangsang industri pembinaan bangunan. Pelbagai jenis bangunan dan infrastruktur telah dibina bertujuan untuk menampung permintaan daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat. Oleh itu, bangunan yang dibina menjadi bertambah kompleks dan telah mengakibatkan permintaan untuk menyenggaranya bertambah. Penyenggaraan bangunan kini menjadi bidang yang penting agar bangunan boleh beroperasi seperti mana tujuan ianya direkabentuk. Dalam Belanjawan 2006 telah ditegaskan bahawa budaya penyenggaraan ini harus dipupuk dengan lebih tekun. Selain peruntukan kepada agensi kerajaan untuk program penyenggaraan berjumlah RM4.3 bilion, kerajaan akan menyediakan peruntukan khas yang merupakan tambahan sebanyak RM1 bilion untuk program penyenggaraan kemudahan awam pada tahun hadapan. Bagi 2005, kerajaan telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM500 juta yang membolehkan hampir 9,000 projek penyenggaraan dilaksanakan oleh kontraktor kelas F, selain peruntukan kepada agensi kerajaan berjumlah RM 4.1 bilion. Hospital dibina bertujuan untuk memberi kemudahankemudahan perubatan dan rawatan yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit dalam dan pesakit-pesakit luar selain menjadi sebagai sebuah pusat rujukan utama yang memberi perkhidmatan diagnostik dan rawatan. Bangunan hospital dilengkapkan dengan kemudahan bangunan yang moden dan peralatan perubatan yang canggih serta melibatkan kakitangan yang profesional untuk memberikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada para pesakit. Selain itu, terdapat juga hospital yang digunakan sebagai institusi pendidikan untuk melatih para pelajar perubatan, doktor dan jururawat. Proses penggunaan bangunan hospital yang pelbagai akan membawa kepada kerosakan dan kecacatan terhadap peralatan dan kemudahan bangunan yang terdapat di sesebuah hospital. Faktor usia bangunan kebanyakkan hospital di Malaysia juga menjadi punca utama kepada kerosakan mahu pun kecacatan, kerana setiap peralatan atau kemudahan yang dimiliki dan disediakan oleh sesebuah hospital mempunyai had dan tarikh luput ianya boleh digunakan (Hassan, 1991).