Strategi perundangan untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang dikuatkuasakansejak tahun 1994 memfokus ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tem...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/2761/1/75009.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/2761/ http://www.academia.edu/766794/Strategi_Perundangan_Untuk_Mengurus_Keselamatan_Dan_Kesihatan_Di_Tempat_Kerja |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang dikuatkuasakansejak tahun 1994 memfokus ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk,
merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja dengan meletakkan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis peruntukan-peruntukan utama AKKP 1994
berkaitan pengurusan keselamatan di tempat kerja serta mengkaji perundangan kecil,polisi kerajaan dan tataamalan industri untuk mengenal pasti kewajipan am semua
pihak bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Kajian memfokus kepada peruntukan AKKP 1994 sebagai akta induk serta perundangan subsidiari yang digubal di bawah akta induk. Tumpuan kajian adalah terhadap
tanggungjawab majikan dan pekerja dalam mengurus keselamatan di tempat kerja.Aspek-aspek yang dikaji antaranya termasuklah kewajipan majikan, kewajipan
pekerja, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penguatkuasaan dan liabiliti serta prinsip pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kaedah content analysis digunakan dengan membuat penelitian terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Selain itu, temubual diadakan dengan Department of Occupational Safety and Health (DOSH) dan National Institute of Safety and Health(NIOSH) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peranan kerajaan, majikan dan pekerja dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini
mendapati kerajaan begitu komited dalam menyediakan persekitaran kerja selamat dan sihat dengan menggubal undang-undang, peraturan dan tataamalan dan mewujudkan satu sistem penguatkuasaan yang berasaskan gabungan peruntukan
AKKP 1994. Perundangan yang digubal telah memperkenalkan satu strategi berasaskan konsep pengaturan kendiri yang meletakkan tanggungjawab memastikan keselamatan dam kesihatan di tempat kerja di atas bahu mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa AKKP 1994 telah berjaya menyediakan strategi yang komprehensif untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. |
---|