Pengajaran free-body diagram (FBD) dalam menyelesaikan masalah tajuk daya tingkatan empat
Free-body Diagram (FBD) merupakan gambar rajah perwakilan yang membantu pelajar menyelesaikan masalah tentang Daya. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah Daya di samping membaiki cara pengajaran guru melalui pengajaran FBD. Modul pengajaran FBD dihasil...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/28549/1/83.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/28549/ http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/83.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Free-body Diagram (FBD) merupakan gambar rajah perwakilan yang membantu pelajar menyelesaikan masalah tentang Daya. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah Daya di samping membaiki cara pengajaran guru melalui pengajaran FBD. Modul pengajaran FBD dihasilkan untuk membantu kelancaran proses pengajaran FBD. Kajian ini melibatkan 35 orang responden di SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Keupayaan Menyelesaikan Masalah Daya (UKMMD) yang merangkumi dua subtopik Fizik Tingkatan Empat iaitu “Kesan-kesan Daya” dan “Daya dalam Keseimbangan”. Ujian pra UKMMD bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar sebelum diajar menggunakan modul pengajaran FBD. Ujian pasca pula untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar selepas pengajaran FBD serta hubungan pemahaman FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya. Data yang dikumpulkan dianalisis untuk mendapatkan peratusan, min purata, ujian-t dan nilai kolerasi Pearson ‘r’. Dapatan kajian mendapati tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum pengajaran FBD dan tahap pemahaman penggunaan FBD adalah pada tahap rendah manakala tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD pada tahap sederhana. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang bererti bagi tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum dan selepas pengajaran FBD (t = -9.433, p < .01). Analisis korelasi menunjukkan hubungan yang sederhana (r = 0.47, p < .01) antara pemahaman penggunaan FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pengajaran FBD dapat membantu meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Daya. |
---|