Kemahiran proses sains dalam kalangan mahasiswa pendidikan sains di UTM

Penguasaan Kemahiran Proses Sains adalah asas kepada perkembangan ilmu sains dan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, dengan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang lemah dalam kalangan bakal guru sains yang juga mahasiswa Fakulti Pendidikan seperti yang dilaporkan oleh beberapa ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Phang, Fatin Aliah, Tahir, Nor Athirah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, UTM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/28551/1/jsme-2011-3-008-01.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/28551/
http://proedujournal.com/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=57:kemahiran-proses-sains-dalam-kalangan-mahasiswa-pendidikan-sains-di-utm&id=4:jsme&start=10&Itemid=178.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penguasaan Kemahiran Proses Sains adalah asas kepada perkembangan ilmu sains dan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, dengan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang lemah dalam kalangan bakal guru sains yang juga mahasiswa Fakulti Pendidikan seperti yang dilaporkan oleh beberapa kajian sebelum ini, adalah sukar bagi mencapai objektif tersebut. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan Kemahiran Proses Sains dalam kalangan mahasiswa sains Fakulti Pendidikan, UTM Tahun Dua serta mencari punca dan penyelesaian masalah ini. Satu ujian berbentuk 30 soalan objektif telah diberikan kepada 76 orang mahasiswa untuk mengenalpasti kelemahan Kemahiran Proses Sains. Ini diikuti dengan kutipan dan analisis tujuh laporan eksperimen bagi 12 orang mahasiswa selama satu semester serta temubual kelompok fokus pada hujung semester. Hasil analisis ketiga-tiga sumber ini menunjukkan bahawa mahasiswa tidak mempunyai pemahaman yang kukuh dalam konsep inferens, hipotesis dan definisi secara operasi. Mereka sering menyalin laporan eksperimen daripada buku atau contoh laporan senior sehingga tidak merasakan kelas amali di peringkat universiti adalah penting sebagai satu latihan untuk menyediakan mereka menjadi guru sains yang berketrampilan. Para mahasiswa juga menceritakan pengalaman mereka bagaimana Kemahiran Proses Sains mereka lebih diperkembangkan dalam kaedah pengajaran tertentu di makmal. Maklumat sebegini dapat memberikan idea kepada para pensyarah untuk meningkatkan pengajaran kelas amali di peringkat universiti sekiranya mereka ingin meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam kalangan mahasiswa.