Antologi puisi kemerdekaan dan patriotisme: warkah anak merdeka Universiti Teknologi Malaysia

Malaysiaku Gemilang begitulah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar generasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya. Maka sesuai dengan itulah Antologi Puisi: Warkah Anak Merdek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazlan, Khalid (Penyelenggara), Sharuddin, Noraziah (Penyelenggara)
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UTM 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/30040/1/KhalidMazlan2007_AntologiPuisiKemerdekaanDanPatriotismeWarkah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/30040/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=419
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Malaysiaku Gemilang begitulah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar generasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya. Maka sesuai dengan itulah Antologi Puisi: Warkah Anak Merdeka Universiti Teknologi Malaysia diterbitkan khas sempena sambutan jubli emas kemerdekaan negara. Penerbitannya berjaya diusahakan hasil daripada penganjuran Sayembara Menulis Puisi Kemerdekaan dan Patriotisme Negara bagi staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Matlamat sayembara adalah untuk memperkukuhkan semangat patriotisme, di samping mencungkil bakat penyair dalam kalangan staf UTM yang rata-rata berlatar belakang disiplin sains dan teknologi. Penyertaan daripada staf akademik dan bukan akademik dari pelbagai jabatan dan fakulti di UTM Skudai, bahkan staf dari City Campus, Kuala Lumpur amat menggalakkan. Seramai 73 orang penyair terdiri daripada 30 orang staf akademik dan 43 staf bukan akademik daripada pelbagai kumpulan perjawatan menyertai sayembara ini. Sebanyak 123 buah puisi diterima dan setelah proses saringan menerusi penilaian yang berasaskan piawaian kriteria penilaian Dewan Bahasa dan Pustaka, hasilnya sebanyak 50 puisi dipilih. Inilah pertama kali penerbitan seumpama ini direncanakan sebagai satu usaha merakamkan tanda cinta dan patriotisme staf UTM dalam menyemarakkan dunia kesusasteraan tanah air.