Pengelompokan Data Kaji Cuaca Menggunakan Teknik Engelompokan Hierarki Agglomerative Bagi Peramalan Taburan Hujan

Kertas kerja ini melaporkan penggunaan teknik pengelompokan hierarki Agglomerative bagi melakukan peramalan taburan hujan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan serta prestasi algoritma yang terdapat di dalam teknik pengelompokan hierarki. Kertas kerja ini bermula dengan penera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bahari, Mahadi, Dollah @ Md. Zain, Rozilawati, Md Sap, Mohd Noor, Mohamad Adini, Mohamad Fahmi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/3268/1/PENGELOMPOKAN_DATA_KAJI_CUACA_MENGGUNAKAN_TEKNIK_PENGELOMPOKAN_HIERARKI_AGGLOMERATIVE_BAGI_PERAMALAN_TABURAN_HUJAN.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/3268/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini melaporkan penggunaan teknik pengelompokan hierarki Agglomerative bagi melakukan peramalan taburan hujan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan serta prestasi algoritma yang terdapat di dalam teknik pengelompokan hierarki. Kertas kerja ini bermula dengan penerangan ke atas pengelompokan hierarki yang memfokus kepada algoritma Single Link, Average Link dan Complete Link. Melalui penggunaan algoritma-algoritma tersebut, kelompok dihasilkan berdasarkan pembentukan susunan skema pengelompokan dengan mengurangkan jumlah kelompok bagi setiap proses. Kelompok yang dihasilkan, diperolehi daripada gabungan kelompok-kelompok yang terhampir (sama) kepada satu kelompok. Kelompok-kelompok yang dihasilkan melalui ketiga-tiga algoritma tersebut akan digunakan sebagai input bagi melakukan peramalan taburan hujan. Langkah-langkah yang terlibat di dalam proses pengelompokan ini akan diterangkan dengan lebih jelas di dalam bahagian metodologi kajian. Seterusnya, kertas kerja ini akan menerangkan mengenai eksperimen yang dilakukan ke atas kelompok-kelompok yang dihasilkan dengan menggunakan ketiga-tiga algoritma di atas. Pengukuran prestasi pengelompokan dibuat berdasarkan hasil pengelompokan ialah nilai ralat min punca kuasa dua (RMS) dan nilai pekali kolerasi yang dihasilkan di dalam setiap eksperimen yang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa peramalan taburan hujan yang terbaik diperolehi melalui penggunaan algoritma Complete-Link.