Amalan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru fizik tingkatan enam
Sejak kebelakangan ini, telah banyak kajian dilakukan mengenai Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan PTPK guru fizik tingkatan enam dalam aspek amalan pengajaran, tahap pengintegrasian ICT dan pengetahuan topik keelektromagnetan. K...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/37219/ http://www.isqae.com |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Summary: | Sejak kebelakangan ini, telah banyak kajian dilakukan mengenai Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan PTPK guru fizik tingkatan enam dalam aspek amalan pengajaran, tahap pengintegrasian ICT dan pengetahuan topik keelektromagnetan. Kajian tinjauan dilaksanakan menggunakan ujian kefahaman konsep keelektromagnetan (UEM), soal-selidik tahap pengintegrasian ICT (SSICT) dan borang rancangan pengajaran (RP) bagi mengenalpasti miskonsepsi dalam topik keelektromagnetan, tahap pengintegrasian ICT dan ciri-ciri amalan pengajaran. Seramai 31 orang guru fizik Tingkatan Enam yang terdiri daripada guru baru dan guru berpengalaman terlibat sebagai responden. Data ujian UEM dianalisis berdasarkan skema jawapan, soal-selidik SSICT menggunakan statistik diskriptif dan inferensi manakala dokumen RP menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru berpengalaman lebih cenderung mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan guru sahaja berbanding guru baru yang lebih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran gabungan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Didapati tahap pengintegrasian ICT guru baru adalah pada tahap sederhana manakala guru berpengalaman berada di tahap rendah. Kedua-dua guru baru dan guru berpengalaman didapati mengalami miskonsepsi bagi keempat-empat item dalam ujian UEM. Adalah dicadangkan bahawa guru fizik tingkatan enam perlu meningkatkan penguasaan konsep keelektromagnetan di samping penggunaan teknologi dan pedagogi yang sesuai bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. |
---|