Cabaran ulama kontemporari menangani beberapa isu dalam pluralisme agama di Malaysia

Isu pluralisme agama menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita. Ia boleh melunturkan keyakinan sebahagian umat Islam yang nipis akidah keimanannya. Kertas ini bertujuan meneliti cabaran para ulama kontemporari terhadap isu pluralisme yang semakin menular di Malaysia. Kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Mohamed Sabir, Ab. Rahim, Nik Mohd. Zaim, Ghazali, Mohd. Al’ikhsan, Abdul Shukor, Azizi Shukri
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/37427/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Isu pluralisme agama menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita. Ia boleh melunturkan keyakinan sebahagian umat Islam yang nipis akidah keimanannya. Kertas ini bertujuan meneliti cabaran para ulama kontemporari terhadap isu pluralisme yang semakin menular di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Metode dokumentasi digunakan bagi mendapatkan data sementara metode induktif dan deduktif untuk menganalisis data sebelum merumus kesimpulan daripada fakta yang dikemukakan. Terdapat pelbagai isu yang menjadi tumpuan para sarjana. Kertas ini hanya menumpukan kepada beberapa isu terpilih sahaja. Antara yang perlu ditangani ialah murtad dan konversi agama, cinta rentas agama, perkongsian perayaan dan ritual keagamaan, penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim, kecenderungan setengah pemimpin masyarakat muslim membawa mesej pluralisme dalam ucapan mereka, sama ada mereka menyedari ia mengandungi unsur pluralisme atau sebaliknya. Justeru, para ulama kontemporari perlu sentiasa peka, responsif dalam mengenalpasti isu-isu yang menyentuh pluralisme agama ini sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Tegasnya, keprihatinan dan ketangkasan mereka amatlah dituntut dan menanganinya secara berhemah akan mempelihatkan kemampuan sebenar para ulama untuk mendepani pelbagai cabaran zaman.