Penggunaan monoetilena glikol untuk mengawal kemerosotan lumpur gerudi
Polimer dimasukkan ke dalam lumpur gerudi dasar air untuk menstabilkan reologi dan mengawal kehilangan turasan. Bila suhu sistem lumpur melebihi kestabilan terma polimer, sifat-sifat reologi lumpur mengalami kemerosotan dan kehilangan turasannya meningkat dengan ketara. Fenomena berkaitan telah meng...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/4041/1/SKMBT_60007071815140.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/4041/ http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/jurnal.cgi?id=siri_kejuruteraan |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Polimer dimasukkan ke dalam lumpur gerudi dasar air untuk menstabilkan reologi dan mengawal kehilangan turasan. Bila suhu sistem lumpur melebihi kestabilan terma polimer, sifat-sifat reologi lumpur mengalami kemerosotan dan kehilangan turasannya meningkat dengan ketara. Fenomena berkaitan telah mengehadkan penggunaan lumpur polimer dalam penggerudian telaga yang lebih dalam dan bersuhu tinggi. Kertas kerja ini membincangkan tentang penggunaan monoetilena glikol (MEG) dalam lumpur dasar air untuk mengawal kemerosotan polimer pada suhu tinggi. Sifat reologi lumpur dan kehilangan turasan ialah dua parameter penting yang menentukan keberkesannya. Skop kajian merangkumi penentuan kepekatan MEG yang perlu ditambah untuk memberikan keberkesanannya yang tertinggi dengan penilaian ekonomi turut dilakukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa MEG berupaya memperlahankan kadar kemerosotan polimer pada suhu tinggi, dengan kepekatan isi padu MEG 10 peratus mempamerkan keberkesanan yang paling menarik terutama dalam mengawal kemerosotan sifat kehilangan turasan. Penilaian ekonomi membuktikan bahawa MEG berpotensi untuk menjadi bahan tambah lumpur secara komersial. Penemuan ini membuka jalan kepada lumpur polimer dasar air untuk bersaing dengan lumpur dasar minyak dari segi prestasi dan kos.
|
---|