Kajian aliran pelbagai fasa dalam industri huluan petroleum

Kertas kerja ini membincangkan kajian aliran pelbagai fasa dalam industri petroleum, yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian yang mutlak. Skop kajian adalah melibatkan peramalan tekanan di dalam rentetan tetiub yang tergantung di dalam sebuah telaga minyak. Secara umum, peramalan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Issham, Junin, Radzuan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaya 2000
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4081/1/SKMBT_60007071918050.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4081/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan kajian aliran pelbagai fasa dalam industri petroleum, yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian yang mutlak. Skop kajian adalah melibatkan peramalan tekanan di dalam rentetan tetiub yang tergantung di dalam sebuah telaga minyak. Secara umum, peramalan tekanan tersebut boleh dilakukan secara manual atau berbantu komputer. Petronas juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan projek ini, yang mana mereka telah membekalkan data medan yang diperlukan. Penglibatan kakitangan makmal pula terutama juruteknik dalam pembangunan perisian aliran pelbagai fasa begitu mengecewakan, yang mana beberapa faktor yang menyumbang kepada kekangan tersebut dihuraikan dalam kertas kerja ini. Walau bagaimanapun, juruteknik begitu aktif terlibat dalam pembinaan rig aliran pelbagai fasa, iaitu ketika fasa mereka bentuk, fabrikasi, dan pelaksanaan uji kaji. Penglibatan mereka didapati berkurang dengan ketara bila masuk ke dalam fasa penganalisisan data uji kaji. Hasil kajian yang diperoleh adalah menggalakkan. Dalam hal ini, setiap sekaitan yang digunakan didapati memberikan keputusan yang baik untuk keadaan tertentu. Dengan perkataan lain, tiada satu pun sekaitan termasuk model mekanistik (yang berlatarbelakangkan asas matematik tertentu) yang memberikan hasil yang baik untuk semua kes yang dikaji