Kerosakan formasi: punca utama kepada pengurangan pengeluaran minyak
Kerosakan formasi yang merujuk kepada pengurangan ketertelapan batuan reservoir yang disebabkan oleh kemasukan partikel halus dan turasan lumpur gerudi ke dalam liang batuan reservoir berkaitan, kerap menghalang pengeluaran minyak ke permukaan. Kerosakan formasi ialah suatu fenomenon yang tidak dapa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains, UiTM
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/4085/1/SKMBT_60007072410440.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/4085/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kerosakan formasi yang merujuk kepada pengurangan ketertelapan batuan reservoir yang disebabkan oleh kemasukan partikel halus dan turasan lumpur gerudi ke dalam liang batuan reservoir berkaitan, kerap menghalang pengeluaran minyak ke permukaan. Kerosakan formasi ialah suatu fenomenon yang tidak dapat dielakkan secara total, tetapi boleh dikurangkan ke tahap minimum jika langkah-langkah yang sewajarnya dititikberatkan ketika berlangsungnya fasa penggerudian lubang telaga. Kertas kerja ini membincangkan kerosakan formasi yang dialami sampel teras batu pasir barea bila dicemari dengan lumpur gerudi dasar air. Penjelasannya dimantapkan lagi dengan penyelitan contoh daripada kajian yang telah dilaksanakan. Selain itu, kertas kerja ini turut menjelaskan kajian yang sedang dijalankan, iaitu kajian tentang kesan kedudukan rentetan paip gerudi di dalam lubang telaga terhadap kerosakan formasi. Kajian berkaitan bukan sahaja sekadar pembinaan sebuah rig yang menyerupai keadaan di medan, malah formulasi lumpur gerudi yang akan digunakan juga berdasarkan formulasi lumpur yang sering diguna pakai oleh syarikat gergasi minyak di Malaysia. Keputusan yang diperoleh boleh membantu mengoptimumkan pengeluaran minyak dari sesebuah reservoir yang berada di dalam kerak bumi.
|
---|