Mahasiswa dan penulisan kertas kerja akademik

Salah satu perkara penting bagi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi ialah menghasilkan kertas kerja akademik bagi setiap kursus yang mereka ambil. Penghasilan kertas kerja akademik ini merupakan salah satu elemen penting bagi mahasiswa untuk dibiasakan dan dihasilkan agar setiap pelajar mampu di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/45319/1/KamarulAzmiJasmi2015_Mahasiswa%26PenulisanKertasKerjaAkademik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/45319/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Salah satu perkara penting bagi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi ialah menghasilkan kertas kerja akademik bagi setiap kursus yang mereka ambil. Penghasilan kertas kerja akademik ini merupakan salah satu elemen penting bagi mahasiswa untuk dibiasakan dan dihasilkan agar setiap pelajar mampu diasah bakat mereka untuk menulis dari awal sesuatu hasil akademik dalam bidang yang mereka ceburi. Menulis kertas kerja akademik tidak semestinya mesti menunggu untuk pembentangan kertas kerja di seminar kebangsaan dan antarabangsa, dan bab dalam buku. Penulisan ini boleh dihasilkan sekalipun pembentangan hanya dilakukan untuk seminar kursus bagi sesuatu fakulti (Page & Brin, 2014). Penghasilan kertas kerja yang berkualiti pada hakikatnya adalah asas kepada penulisan yang lebih tinggi tingkatannya sekiranya para pelajar dibiasakan dengan penulisan akademik yang sebenar. Hal ini kerana menghasilkan kertas kerja akademik tidak sukar untuk mahasiswa sekiranya mereka dibiasakan dengan kaedah penulisan yang betul dalam membuat kertas kerja akademik (Creme, 2008). Masalah yang paling besar bagi para mahasiswa ialah sikap para pensyarah sendiri yang tidak begitu peka untuk membantu para pelajar untuk menulis dan melaksanakan kerja kursus mengikut kaedah penulisan kertas kerja akademik yang betul. Hal ini ditambah lagi dengan sikap mahasiswa yang mengambil mudah dalam penulisan kertas kerja akademik sehingga hanya menghasilkan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal (copy and paste) daripada mana-mana sumber tulisan dalam internet untuk dijadikan kertas kerja mereka. Mereka melakukan tugasan kertas kerja tanpa sebarang aktiviti mengarang daripada hasil karangan mereka sendiri. Oleh itu, bab ini cuba mengupas persoalan penghasilan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal dari segi aspek etika akademik. Selain itu, bab ini juga memberikan panduan yang berguna untuk menghasilkan satu penghasilan kertas kerja akademik yang sebenar dan berkualiti.