Kajian minerologi dan fiziko-kimia ke atas lempung bentonit tempatan (Lahad Datu) dan menilai kegunaannya sebagai lempung peluntur

Dengan bermulanya pengeluaran lempung teraktif oleh industri tempatan maka telah mewujudkan permintaan ke atas lempung bentonit (montmorilonit) yang merupakan bahan mentah asas yang digunakan dalam proses pembuatan lempung tersebut. Usaha meneroka bahan mentah ini melalui program penggerimitan dan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junin, Radzuan, Abd. Karim, Khairuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1991
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4744/1/RadzuanJunin1991_KajianMinerologiDanFiziko-Kimia.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4744/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dengan bermulanya pengeluaran lempung teraktif oleh industri tempatan maka telah mewujudkan permintaan ke atas lempung bentonit (montmorilonit) yang merupakan bahan mentah asas yang digunakan dalam proses pembuatan lempung tersebut. Usaha meneroka bahan mentah ini melalui program penggerimitan dan pensampilan di lapangan telah dijalankan ke atas formasi geologi terpilih di Malaysia terutama di suatu kawasan yang secara kolektif membentuk Kumpulan Segama yang terdapat di sekitar Lahad Datu, Sabah. Beberapa sampel yang mewakili jumlah variasi daripada endapan lempung bentonit telah dikaji tentang sifat-sifat mineralogi dan fiziko-kimianya. Mineral dominan yang wujud ialah lempung Ca- montmorilonit dan disamping itu terdapat juga kuarza, feldspar dan zeolit sebagai bendasing utama. Kajian awal yang berdasarkan kepada beberapa ujian sifat-sifat kimia dan fizik menunjukkan bahawa bahan ini berkemungkinan boleh digunakan sebagai lempung peluntur (atau sebagai bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan lempung teraktif asid). Walaubagaimanapun, penilaian secara komersial ke atas endapan lempung ini masih lagi bergantung kepada beberapa kajian percubaan seperti ujian pengaktifan asid dan juga ujian peluntur minyak kelapa sawit mentah dengan menggunakaan lempung teraktif yang telah dihasil.