Peranan pengetua dan felo dalam memantau aktiviti pelajar: tinjauan terhadap unit kediaman luar kampus, UPSI

Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEP&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula sesi pengajian tahun 2002. Fungsi utama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) adalah untuk menyelia para pelajar UPSI yang ting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Mohd. Syariefudin, Bahari, Khairul Azam, Tawang, Alene
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/500/1/MohdSyariefudinAbdullah2006_Perananpengetuadanfelodalam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/500/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEP&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula sesi pengajian tahun 2002. Fungsi utama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) adalah untuk menyelia para pelajar UPSI yang tinggal di luar kampus memandangkan hampir 60% daripada jumlah mahasiswa UPSI adalah tinggal di sekitar Tanjong Malim. Peranan utamanya untuk menjaga kebajikan mahasiswa yang tinggal di luar kampus di samping membawa seberapa banyak aktiviti yang bermanfaat. Fungsi UKLK berbeza daripada kolej kediaman yang lain dimana UKLK tidak menyediakan tempat tinggal kepada mahasiswa cuma bertindak memantau tempat tinggal mahasiswa di kawasan terlibat seperti kampung, taman dan pekan di sekitar Tanjong Malim. Badan induk yang bertanggungjawab membawa aktiviti yang berkualiti kepada para mahasiswa yang tinggal di luar kampus adalah Jawatankuasa Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (JMKLK) yang terdiri daripada sebahagian pelajar yang tinggal di luar kampus dibantu oleh seorang pengetua dan beberapa orang Felo. Semenjak penubuhan, terdapat pelbagai program yang telah dijayakan melalui UKLK dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu kecemerlangan akademik, sukan dan rekreasi, perayaan dan perhimpunan, perkhemahan dan lawatan, dan khidmat masyarakat. Antara objektif dan impak yang utama daripada aktiviti yang dijalankan adalah melahirkan mahasiswa yang bersahsiah tinggi dan berpersonaliti unggul (Towering Personality) di samping membantu masyarakat luar. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kedudukan dan peranan bersama yang boleh dimainkan oleh pengetua dan felo dalam memantau dan memastikan kejayaan aktiviti UKLK. Di samping itu, diharap respons yang positif daripada peserta dalam bentuk cadangan, saranan dan buah fikiran yang bernas bagi memantapkan lagi organisasi dan aktiviti UKLK.