Konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam satu keperluan dalam membangunkan modal insan
Guru Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat sejak dari dahulu lagi. Mereka dianggap sebagai role model yang dapat memberi kesan kepada pembentukan akhlak individu dan masyarakat. Tugas memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu tugas yang mudah da...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/53933/1/MohdMusnizamJaafar%40Mustapha2012_KonsepberilmudikalanganguruPI.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/53933/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Guru Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat sejak dari dahulu lagi. Mereka dianggap sebagai role model yang dapat memberi kesan kepada pembentukan akhlak individu dan masyarakat. Tugas memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu tugas yang mudah dan seharusnya seorang guru Pendidikan Islam itu sentiasa belajar, mengkaji dan membuat refleksi diri supaya guru itu dapat mencapai pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan. Sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu telah membuktikan bahawa umat Islam pada ketika itu mempunyai ramai ahli intelek dan menguasai pelbagai disiplin ilmu. Penekanan Islam kepada pendidikan bersepadu berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan yang seimbang berilmu dan berakhlak. Sehubungan itu, bagi membangunkan modal insan yang dihasratkan adalah dicadangkan kurikulum latihan perguruan sedia ada dan pengamalan guru dalam bilik darjah dimantapkan dengan penghayatan ilmu, inovasi dan kreativiti. Guru Pendidikan Islam yang berkesan dikatakan memiliki sifat-sifat yang terpuji, berkemahiran, berilmu, personaliti yang boleh menyampaikan pengajaran yang berkesan dan mampu menjadikan Pendidikan Islam satu mata pelajaran yang diminati dan dihayati oleh pelajar. Justeru itu, artikel ini bertujuan membincangkan konsep berilmu di kalangan guru Pendidikan Islam dalam konteks negara Malaysia. Perbincangan mencakupi tentang konsep berilmu, penguasaan ilmu, cabaran yang dihadapi dan beberapa aspek lain sebagai cadangan dan saranan dalam meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan Pendidikan Islam di Malaysia. |
---|