Laporan penyelidikan pemetaan dasar laut menggunakan imej mentah sonar imbas sisi (seabed mapping from raw side scan sonar images)

Kewujudan dan penggunaan data imej digital telah meningkat dengan pesatnya sejak dua dekad lalu. Satu aplikasi utama dimana imej telah menjadi komponen yang kritikal adalah peranannya dalam analisis alam sekitar dan pematauan. Salah satu daripada imej digital baru terse but ialah sistem sonar imbas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Abdullah Hisam, Mahmud, Razali, Othman, Rusli, Din, Usmuni
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5663/1/71750.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5663/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kewujudan dan penggunaan data imej digital telah meningkat dengan pesatnya sejak dua dekad lalu. Satu aplikasi utama dimana imej telah menjadi komponen yang kritikal adalah peranannya dalam analisis alam sekitar dan pematauan. Salah satu daripada imej digital baru terse but ialah sistem sonar imbas. Sistem ini merupakan satu sistem aktif yang menggunakan gelombang akustik untuk membentuk suatu imej yang dipanggil sonograf. Sonograf adalah satu pengukuran sifat-sifat ‘backscatter’ yang terpantul balik dari permukaan dasar laut dan mempunyai banyak persamaan dengan imej SLAR ( Side-Looking Airborne Radar). Bagi mendapat data yang lebih menyeluruh dan kurangnya celah (gap) atau ruang yang tertinggal semasa kerja ukur, maka sonar imbas sisi dengan perisian yang terbaru digunakan untuk memperolehi maklumat pelan yang lebih padat dan lengkap. Melalui perisian pemprosesan yang dicipta bagi memproses sata sonar secara digital, pelan yang lebih terperinci dan sempurna serta penuh dengan maklumat yang lengkap akan diperolehi. CARIS SIPS merupakan satu-satunya perisian yang direka cipta dan digunakan untuk memproses data sonar digital secara proses lepas pada masa kini. CARIS SIPS ( Sonar Information Processing System) dan CARIS Editor adalah perisian yang canggih, terbaru dan direka terutamanya untuk memproses data raster yang dikumpul dengan sonar moden. Penggunaan perisian ini dalam pemprosesan akan melalui proses digital sepenuhnya. Mozek digital yang terhasil pada akhir pemprosesan adalah amat berguna untuk bidang hidrografi pada masa kini.