Reka bentuk dan pembinaan personalized learning courseware berasaskan konsep objek pembelajaran digital bagi pembelajaran animasi dan rangkaian komputer

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik Rangkaian Komputer menggunakan pendekatan Objek Pembelajaran Digital (OPD). Penghasilan bahan pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Menurut Wiley (2000) Objek Pembelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Nor, Siti Nor Rahimah, Ahmad Shukri, Nur Hafiza, Tasir, Zaidatun
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5995/1/129-SitiNorRahimah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/5995/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik Rangkaian Komputer menggunakan pendekatan Objek Pembelajaran Digital (OPD). Penghasilan bahan pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Menurut Wiley (2000) Objek Pembelajaran Digital ialah memecahkan isi kandungan pelajaran kepada bahagian-bahagian yang kecil yang boleh digunakan kembali dengan pelbagai persekitaran pembelajaran. Dengan membangunkan perisian menggunakan pendekatan OPD, masa dan kos dapat dijimatkan. Selain itu, OPD juga boleh menjadi salah satu sumber untuk menyokong pembelajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula, pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna. Pakej-pakej pembelajaran yang kecil ini dapat digabung menjadi satu pakej yang besar. Melalui perisian yang dibina, pelajar boleh memilih topik yang ingin dipelajarinya berdasarkan OPD yang disediakan. Setelah membuat pilihan topik, pelajar secara tidak langsung telah membina menu yang terdiri daripada topik-topik yang hanya ingin dipelajarinya sahaja. Dengan itu, pelajar akan lebih fokus kepada apa yang ingin dipelajarinya. Di dalam setiap topik, pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, permainan dan juga kuiz berperingkat. Perisian ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Animasi Komputer dan Rangkaian Komputer. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan yang lain, Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8 dan Ulead Gif Animator. Perisian ini berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin membangun.