Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap epembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan epembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saud, Muhammad Sukri, Abdul Rahman, Mohd Anuar, Ting , Kung Shiung
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6011/1/144-sukri.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6011/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap epembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan epembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak 306 siswazah yang sedang mengikuti kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.80. Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.10. Halangan situasi mencatat min 2.97 dan halangan institusi mencatat min 2.80. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.57. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384.