Perbandingan kurikulum sains pada masa kini dan kurikulum saintis di Zaman Kegemilangan Tamadun Islam

Kajian dilaksanakan bagi melihat perbandingan di antara kurikulum sains pada masa kini dan kurikulum saintis di Zaman Kegemilangan Tamadun Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengenalpastian dilakukan terhadap kelemahan dan kekuatan dari aspek penerapan nilai murni di dalam penggubalan kurikulum s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Aini Aziziah, Ibrahim, Nor Hasniza, Surif, Johari, Ali, Marlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61196/1/NorHasnizaIbrahim2014_PerbandinganKurikulumSainspadaMasaKini.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61196/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian dilaksanakan bagi melihat perbandingan di antara kurikulum sains pada masa kini dan kurikulum saintis di Zaman Kegemilangan Tamadun Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengenalpastian dilakukan terhadap kelemahan dan kekuatan dari aspek penerapan nilai murni di dalam penggubalan kurikulum sains pada masa kini dan penerapan karakter nobel pada saintis Muslim di Zaman Kegemilangan Tamadun Islam. Seramai 6 orang pakar dan 2 buah sekolah menengah agama swasta telah dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan terdiri daripada dokumen Kurikulum Sains KBSM, dokumen sorotan pendidikan saintis Muslim di Zaman Kegemilangan Islam dan soalan-soalan temu bual. Analisis kandungan dilakukan terhadap dokumen yang dipilih dan temu bual pula ditranskrip dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandugan. Hasil kajian mendapati terdapat persamaan dan perbezaan antara penerapan nilai murni yang terkandung di dalam Kurikulum Sains KBSM dan karakter nobel pada saintis Muslim. Persamaan yang didapati dari kajian ini adalah terdapat beberapa item nilai murni merupakan pecahan daripada karakter nobel berdasarkan objektif dan matlamat penerapan nilai murni tersebut yang mempunyai persamaan dengan karakter nobel pada saintis Muslim. Manakala perbezaan yang dapat dilihat daripada perbandingan ini adalah karakter nobel pada saintis Muslim lebih menjurus kepada ajaran Islam bagi melahirkan muslim yang berkeperibadian mulia berbanding nilai murni di dalam Kurikulum Sains KBSM yang lebih bersifat kebangsaan. Perbezaan lain yang diperolehi daripada kajian ini adalah kaedah pembentukan karakter nobel yang melalui kaedah berguru berbanding kaedah penerapan nilai murni yang dilaksanakan melalui aktiviti P&P dan kokurikulum di sekolah. Kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi kepada pakar penggubal kurikulum dalam mengenalpasti kekosongan dan kelemahan kurikulum sedia ada dari aspek penerapan nilai murni dan membantu pembentukan kurikulum yang lebih seimbang selaras dengan kehendak masa kini.