Kerangka konsep kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi apps berdasarkan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik
Salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik adalah salah fahaman konsep. Permasalahan yang sama tur...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/61238/1/NoorAzeanAtan2014_KerangkaKonsepKemahiranProsesSains.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/61238/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik adalah salah fahaman konsep. Permasalahan yang sama turut berlaku pada peringkat prasekolah. Kesan daripada itu, wujud permasalahan dalam proses pembelajaran antaranya adalah kecenderungan sebahagian guru untuk menggunakan kaedah imaginasi dan andaian. Hal dilihat kurang membantu dalam pembentukan fahaman dalam diri pelajar untuk memahami sesuatu konsep sains dan seterusnya sukar mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Disamping itu, suasana pembelajaran yang menggalakkan para pelajar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran serta saling bekerjasama dan berkongsi maklumat harus dididik dari peringkat prasekolah lagi. Selain itu, permasalahan dari segi penyediaan kemudahan ICT seperti pengaksesan kepada internet dan aplikasi teknologi multimedia yang kurang mampu disediakan oleh pihak sekolah turut menyukarkan para guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menarik sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini. Justeru sebuah kajian perlu dilaksanakan bagi tujuan untuk merangka sebuah aktiviti pembelajaran yang mampu menyokong kepada peningkatan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka melalui sebuah persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada situasi sebenar dan bermakna sekaligus memupuk pelajar agar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka sehingga mampu menyokong kepada pembentukan kemahiran proses sains asas pelajar. Berlandaskan kepada keperluan ini, maka kajian mengintegrasikan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik, dengan pengimplementasian bersama teknologi berkomputer iaitu melalui Apps Autentik Kolaboratif Skrin Sentuh Sains (AKSES) yang memberi penekanan serta mempraktiskan kemahiran proses sains asas pelajar (memerhati, mengelaskan dan berkomunikasi), dalam menyokong kepada peningkatan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar. |
---|