Pemikiran politik Islam dlm amalan demokrasi moden: satu analisis di Malaysia

Pemikiran politik Islam adalah penting untuk difahami terutama dalam konteks negara moden kini. Parti politik Islam di Malaysia adalah kelompok yang juga mengamalkan pemikiran politik Islam ini. Sejak merdeka terdapat dua pertubuhan atau parti politik yang paling dominan dan dapat berterusan menguas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rashid, Mohd. Hambali
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61387/
http://www.ppu.uum.edu.my/index.php/others-news/26-international-seminar-on-islam-culture-heritage-isich-2015
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Pemikiran politik Islam adalah penting untuk difahami terutama dalam konteks negara moden kini. Parti politik Islam di Malaysia adalah kelompok yang juga mengamalkan pemikiran politik Islam ini. Sejak merdeka terdapat dua pertubuhan atau parti politik yang paling dominan dan dapat berterusan menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, iaitulah UMNO dan PAS. Daripada kedua-dua parti politik ini, politik Islam di Malaysia berkembang dan kedua-duanya pada peringkat awal saling bersaing hingga kini. Kedua-dua parti ini telah menerima amalan demokrasi moden sebagai platform untuk mereka menyatakan agenda perjuangan politik masing-masing. Keadaan ini dianggap tradisi bagi kedua-dua parti bersaing sehingga munculnya parti politik baru iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga diwakili sekelompok masyarakat Islam. Hal ini memberikan rupa pelbagai dalam politik Islam di Malaysia dari sudut pendekatan, meskipun dominasi politik Islam masih di antara PAS dan UMNO. Artikel ini akan menjelaskan polilik Islam di Malaysia. Dua segmen utama dibincangkan yang melibatkan perjalanan politik Islam di Malaysia dan pemikiran politik Islam di Malaysia. Kertas ini turut menganalisis mengenai kerangka pemikiran politik Islam di Malaysia dalam acuan demokrasi moden.