Perancangan harta mengikut perspektif al-Quran

Harta merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kerana ianya bukan sahaja mempunyai nilai di mata manusia malah ianya turut diiktiraf kedudukannya oleh agama Islam. Kepentingan memiliki dan menjaga harta terdapat dalam Maqasid Syariah sebaris dengan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal dan nas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Muhamad, Nasrul Hisyam, Abdullah, Abdul Hafiz, A. Rashid, Zarina, Nizaludin, Nurul Atikah
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61819/
http://cqr.um.edu.my/?modul=Events_and_Activities&pilihan=MUQADDAS_V
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Harta merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kerana ianya bukan sahaja mempunyai nilai di mata manusia malah ianya turut diiktiraf kedudukannya oleh agama Islam. Kepentingan memiliki dan menjaga harta terdapat dalam Maqasid Syariah sebaris dengan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal dan nasab. Setiap orang perlu memiliki harta bagi memastikan kelangsungan hidup di dunia dan memenuhi tuntutan hidup di akhirat. Setiap manusia yang hidup dan memiliki harta apabila sudah meninggal dunia, harta tersebut dikategorikan sebagai harta pusaka yang akan dinikmati oleh ahli waris kepada si mati berdasarkan pembahagian menurut hukum faraid. Di Malaysia apabila berbicara soal harta pusaka, isu yang akan timbul adalah harta pusaka terbeku atau harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, masyarakat Islam di Malaysia tidak seharusnya memandang ringan tentang pengurusan harta milikannya dan bergantung sepenuhnya dengan hukum faraid semata-mata. Mereka seharusnya tahu bahawa mereka perlu merancang dan membuat pengurusan yang sepatutnya terhadap harta mereka bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap ahli warisnya. pengurusan dan perancangan harta ini sebenarnya tidak menjadi kesalahan di dalam agama Islam bahkan ianya amat digalakkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan dengan konsep harta dalam Islam, perancangan harta mengikut perspektif al-Quran dan kepentingan dalam membuat perancangan dan pengurusan harta.