Pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas. Kajian ini melibatkan 160 orang responden daripada sekolah sekolah menengah di sekitar Negeri Sarawak. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C tela...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6455/1/PoonChongKhimMFP2007.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/6455/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas. Kajian ini melibatkan 160 orang responden daripada sekolah sekolah menengah di sekitar Negeri Sarawak. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C telah diedarkan kepada responden. Soal selidik bahagian B mengandungi 80 item yang berkenaan dengan kecerdasan pelbagai oleh J.Ivanco dan bahagian C mengandungi 26 item yang berkenaan dengan kemahiran berfikir kritis oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Florida. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 14 ) untuk mendapatkan kekerapan , peratusan, min purata, nilai kiraan khi kuasa dua dan nilai korelasi Pearson r bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari konteks perbezaan jantina dan perbezaan aliran, kecerdasan yang paling cemerlang dimiliki oleh responden pelajar-pelajar pintar cerdas ialah jenis kecerdasan interpersonal. Dari konteks kemahiran berfikir secara kritis pula, kecerdasan yang paling cemerlang dimiliki pelajar pintar cerdas ialah jenis kecerdasan visual ruang dan kecerdasan verbal linguistik. Dapatan kajian mengenai dengan menggunakan analisis kolerasi Pearson r menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan pelbagai merentas jantina dan aliran. Manakala terdapat hubungan positif yang signifikan di antara kecerdasan pelbagai merentas kemahiran berfikir secara kritis pada aras keyakinan 0.01. |
---|