Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6466/1/TingKungShiungMFP2007.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/6466/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak 306 siswazah yang sedang mengikuti kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.8024. Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.1046. Halangan situasi mencatat min 2.9739 dan halangan institusi mencatat min 2.806. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.5737. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halanganhalangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap
e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384. Di samping itu, terdapat beberapa cadangan terhadap kajian ini dan kajian lanjutan juga dibincangkan. |
---|