Konsep Fardu Kifayah untuk Keharmonian dan Kerukunan Masyarakat Islam

Islam merupakan satu cara hidup yang mewarnai kehidupan individu dan juga masyarakat. Peraturan yang ditetapkan menjadi panduan yang sistematik dalam apa jua urusan individu di muka bumi ini. Sumber tamadun Islam adalah berpaksikan wahyu yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahasdin, Razin Riyadhuddin, Mohd Saufi, Mohd Suherlin Azwan, Bushrah, Basiron
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/83998/1/RazinRiyadhuddinRahasdin2019_KonsepFarduKifayahuntukKeharmonian.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/83998/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Islam merupakan satu cara hidup yang mewarnai kehidupan individu dan juga masyarakat. Peraturan yang ditetapkan menjadi panduan yang sistematik dalam apa jua urusan individu di muka bumi ini. Sumber tamadun Islam adalah berpaksikan wahyu yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting kerana memainkan peranan yang besar sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam, iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Dalam hal ini, Allah menciptakan manusia dengan beragam bentuk, bahasa dan warna kulit. Namun begitu, semuanya sama di hadapan Allah dan tidak ada yang didahulukan antara satu kelompok dengan yang lainnya kecuali dengan kualiti kesolehan, ketakwaan dan keimanannya. Selain itu, akhlak mulia menjadikan interaksi seorang muslim dengan semua manusia sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Hal ini demikian kerana tidak ada beza antara yang kaya dan miskin, pemimpin atau rakyat jelata, Arab atau bukan Arab atau kulit putih atau hitam. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang fardu kifayah dalam rangka untuk menjamin keharmonian dan kerukunan masyarakat Islam. Dalam konteks pendidikan Islam, kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang bidang-bidang ilmu dalam Islam yang diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah, iaitu mengikut bidang fardu yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Fardu Ain merupakan satu kewajipan ke atas setiap individu manakala fardu kifayah amat luas bidangnya, iaitu meliputi semua bidang yang berkait dengan kepentingan atau asas dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain, selain ilmu fardu ain, ilmu fardu kifayah juga perlu dikaji dan dipelajari untuk menjamin kesejahteraan dan menjaga serta mengekalkan keharmonian seluruh umat Islam manusia.