Status penglibatan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik dalam aktiviti kerja amali fizik

Kajian ini bertujuan mengenal pasti status penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti kerja amali di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 312 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Cara Penglibatan Peiajar (CPP) yang mengandungi 60 item soalan skala Likert di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Daud, Zaiton, Noordin, Shaharom
Format: Article
Published: Fakulti Pendidikan, UTM 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/9279/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti status penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti kerja amali di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 312 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Cara Penglibatan Peiajar (CPP) yang mengandungi 60 item soalan skala Likert digunakan untuk mendapat maklumat tentang status penglibatan pelajar dalam aktiviti kerja amali. Markah minimum 650,-0 telah digunakan untuk membezakan antara penglibatan aktif dengan penglibatan pasif. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai markah purata keseluruhan semua pelajar adalah 53%. Nilai markah purata yang lebih rendah daripada nilai markah minimum 65% menunjukkan secara umumnya pelajar-pelajar terlibat secara pasif dalam aktiviti kerja amali fizik. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa amalan kerja amali dalam kalangan pelajar tidak berubah walaupun kurikulum yang disemak semula yang mengutamakan pembelajaran berfikrah telah diguna pakai sejak tahun 2002.