Analisis pewarisan pusaka menurut Islam dalam Filem Klasik, Tiga Abdul

Filem-filem Melayu telah memaparkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah berkaitan pewarisan harta pusaka. Oleh itu, kajian ini menganalisis konteks pewarisan harta pusaka dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee dan mengenal pasti kesahan kontrak-kontrak pewarisan ini menurut huku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamarudin, Mohd. Khairy, Kamarul Bahrain, Irda Rina
Format: Article
Language:English
Published: NUN Gemilang Enterprise 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97804/1/MohdKhairyKamarudin2021_AnalisisPewarisanPusakamenurutIslam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/97804/
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/236
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Filem-filem Melayu telah memaparkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah berkaitan pewarisan harta pusaka. Oleh itu, kajian ini menganalisis konteks pewarisan harta pusaka dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee dan mengenal pasti kesahan kontrak-kontrak pewarisan ini menurut hukum Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi sastera yang dicerakinkan dengan analisis kandungan kualitatif. Data kajian diperoleh melalui ujaran-ujaran yang berkaitan harta pusaka di dalam filem tersebut. Ujaran-ujaran ini dianalisis untuk mengenal pasti tema-tema yang dibincangkan. ‘Pengurusan harta pusaka’ dan ‘Perancangan harta pusaka’ didapati sebagai tema utama dalam filem ini. Pengurusan harta pusaka merujuk kepada tujuh subtema iaitu ‘Pengetahuan berkaitan pusaka’, ‘Tuduhan membolot harta’, ‘Wasi mempercepatkan urusan pusaka’, ‘Pembahagian yang tidak adil’, ‘Tuduhan menyebabkan kematian’, ‘Pertikaian kaedah pewarisan’ dan ‘Campur tangan pihak ketiga’. Ketujuh-tujuh tema tersebut dikenal pasti wujud selepas kematian pemilik harta. Manakala perancangan harta pusaka merangkumi ‘Galakan membuat perancangan pewarisan’, ‘Pelantikan wasi’ dan ‘Pemberian semasa hayat’. Subtema-subtema ini didapati ketika pemilik harta masih hidup dan merancang pembahagian pusaka selepas kematian. Kajian ini merupakan kajian awal terhadap elemen pewarisan yang diangkat sebagai salah satu tema dalam sesebuah filem. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu penulis skrip, pengarah dan penerbit filem untuk mengetengahkan teori dan isu pewarisan harta pusaka menurut Islam dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Usaha ini dapat membantu memberikan maklumat benar kepada penonton mengenai kaedah pengurusan dan perancangan harta pusaka.