SUMBANGAN PEMIKIRAN IDRIS AL-MARBAWI SEMASA BELAJAR DI MESIR DALAM MEMANTAPKAN BUDAYA BERFIKIR MELAYU: ANALISIS TERHADAP KARYANYA NIZAM AL-HAYAT

Kemajuan sesuatu bangsa terletak pada sejauh mana kemantapan budaya berfikir yang wujud di dalamnya. Usaha untuk mewujudkan budaya ini dalam minda bangsa tersebut lazimnya dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmuwan tersohor di kalangan bangsa tersebut. Dalam Konteks pembinaan tamadun Melayu di Malaysia, khu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamat, Mohd Fauzi, Endut, Mohd Nuri al-Amin
Other Authors: Long, Ahmad Sunawari
Format: Book Section
Published: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utp.edu.my/7931/1/Pemikiran_Al_Marbawi_1.pdf
http://eprints.utp.edu.my/7931/2/Futuristic_thinking_Journal_2.pdf
http://eprints.utp.edu.my/7931/3/Pemikiran_Al_Marbawi_3.pdf
http://eprints.utp.edu.my/7931/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Petronas
Description
Summary:Kemajuan sesuatu bangsa terletak pada sejauh mana kemantapan budaya berfikir yang wujud di dalamnya. Usaha untuk mewujudkan budaya ini dalam minda bangsa tersebut lazimnya dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmuwan tersohor di kalangan bangsa tersebut. Dalam Konteks pembinaan tamadun Melayu di Malaysia, khususnya menerusi pendekatan Islam Hadhari, sumbangan tokoh-tokoh tersohor alam Melayu, misalnya Idris al-Marbawi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh tersebut ketika beliau berada di Mesir dalam bidang keilmuan secara umumnya dan dalam memantapkan budaya berfikir Melayu adalah cukup besar dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu. Antaranya ialah kitab syarahan hadis al-Turmudhinya yang terkenal Bahr al-Madhi, Kitab Idangan Guru, Nizam al-Hayah dan lain-lain lagi. Dalam Nizam al-Hayat (NH), yang selesai dikarang di Kaherah, Mesir pada 26hb. Rabiul Awwal, 1357 H./24 hb. Jun 1938 M., beliau mengemukakan pandangannya tentang kepentingan membudayai beberapa nilai positif seperti bersatu padu, menghormati kehormatan/maruah seseorang individu, bersatu dalam jama`ah muslimin dan menghindari budaya negatif seperti berpecah, berbohong dan bersumpah palsu dan lain-lain lagi. Beliau juga memperkatakan tentang sebab-sebab kemajuan dan kemunduran umat Islam, khususnya umat Melayu di Tanah Melayu. Semua isu yang diketengahkan tersebut tentunya ada kaitan dengan budaya berfikir yang telah bersebati dalam masyarakat Melayu. Dalam kertas ini, penulis akan mengetengahkan pandangan tokoh tersebut dalam karya yang dipilih, kemudian akan diterangkan sejauh mana pandangan tokoh tersohor tersebut yang telah diketengahkannya sejak 68 tahun lampau, boleh diterapkan dalam masyarakat Melayu kini, khususnya bagi mewujudkan budaya berfikir Melayu masa kini.