Kajian penggunaan media sosial dalam kalangan belia UMNO luar bandar PRU13: Kajian kes di Dun kampung Gajah, Perak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan media sosial (MS) dalam kalangan belia UMNO luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, Perak dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Permasalahan kajian ini ialah untuk mengkaji apakah pola dan faktor penggunaan MS di kalangan pengundi muda...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/9446/1/s902767_01.pdf https://etd.uum.edu.my/9446/2/s902767_02.pdf https://etd.uum.edu.my/9446/3/s902767_bibliografi.docx https://etd.uum.edu.my/9446/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan media sosial (MS) dalam kalangan belia UMNO luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, Perak dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Permasalahan kajian ini ialah untuk mengkaji apakah pola dan faktor penggunaan MS di kalangan pengundi muda UMNO di samping mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan MS telah membantu dan mempengaruhi golongan belia di kawasan berkenaan. Ia juga bertujuan menilai sejauh manakah peranan media konvensional masih relevan sebagai alat komunikasi dalam PRU13 berkenaan di samping menilai apakah isu-isu penting dan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi belia terbabit mengundi calon parti yang bertanding. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual secara mendalam 20 responden belia UMNO dalam PRU13. Hasil kajian ini mendapati MS seperti sistem pesanan ringkas (SMS), Facebook dan YouTube memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi antara calon, jentera parti dan pengundi sepanjang kempen PRU13 sekaligus dapat mempengaruhi sebilangan pengundi memilih calon bertanding di DUN Kampung Gajah, terutama mereka yang tinggal di luar kawasan mengundi. Namun, MS bukan dianggap sebagai faktor penentu kepada keputusan PRU13 di DUN Kampung Gajah. Selain MS, media konvensional seperti radio, televisyen dan akhbar masih relevan dan diperlukan dalam usaha membantu calon dan jentera parti menjalankan kempen dalam PRU13. MS hanya dianggap sebagai alat komunikasi bagi memudahkan perjalanan kempen untuk dilaksanakan terutamanya bagi menyediakan maklumat tentang jadual kempen dan perjumpaan bersemuka antara calon parti dan pengundi, tetapi ianya bukan sebagai faktor penting yang mempengaruhi pengundi memilih calon bertanding. Pengundi juga didapati memilih calon sebagai wakil rakyat mereka berdasarkan latarbelakang calon, sumbangan parti pemerintah, sejarah perjuangan dan kesetiaan terhadap parti, kekuatan jentera parti BN, kelemahan jentera kempen parti pembangkang serta kedudukan kewangan mantap membiayai kos kempen, Kepentingan kajian ini mampu menyumbang ke arah memperlihatkan keberkesanan MS terhadap pola pengundian. Hasil kajian boleh diperkembangkan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 yang melihat peranan teknologi maklumat boleh mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. |
---|