Hubungan kedinamikan dalaman dengan keberkesanan pasukan maya: Satu tinjauan di organisasi bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terpilih
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan meda komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya.Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/10005/1/N.pdf http://repo.uum.edu.my/10005/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan meda komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya.Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam organisasi bertaraf MSC di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara kekerapan penggunaan media komunikasi (panggilan telefon, mel suara, faks, e-mel, pemesejan segera, telepersidangan audio, telepersidangan video, sistem
pangkalan data bersama, dan komunikasi bersemuka) dengan keberkesanan pasukan maya (pencapaian pasukan, kepuasan ahli pasukan dan kualiti pembuatan keputusan pasukan).
Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan faks, pemesejan segera, e-me], dan sistem pangkalan data bersama mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan
keberkesanan pasukan maya.Hasil kajian juga membuktikan bahawa kekerapan penggunaan komunikasi bersemuka mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Walau bagaimanapun, penggunaan panggilan telefon, mel suara, telepersidangan audio, dan telepersidangan video tidak mempunyai hubungan yang
sign i fikan dengan keberkesanan pasukan maya.Berdasarkan hasil kaj ian ini, penggunaan faks, pemesejan segera, e-me1 dan sistem pangkalan data bersama menyumbang kepada keberkesanan pasukan maya. |
---|