Surat-surat kredit: Sekuriti alternatif dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa

Dalam kontrak jualan barang antarabangsa, penjual dan pembeli terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan faktor jarak yang memlsahhn kedua-dua pihak tersebut.Walaupun mereka telah menandatangani suatu kontrak yang nyata dan teriht untuk mematuhinya, namun kerisauan terhadap tahap kejujur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Hashim, Rosmawani, Md. Salleh, Khuzaimah, Azmi, Ruzita
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/11086/1/Rq.pdf
http://repo.uum.edu.my/11086/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000195975
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dalam kontrak jualan barang antarabangsa, penjual dan pembeli terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan faktor jarak yang memlsahhn kedua-dua pihak tersebut.Walaupun mereka telah menandatangani suatu kontrak yang nyata dan teriht untuk mematuhinya, namun kerisauan terhadap tahap kejujuran masing-masing tidak dapat diketepikan terutamanya dalam isu pembayaran. Bagi pihak penjual, mereka akan meragui kejujuran pembeli untuk membuat pembayaran terhadap barangan yang telah dihantarserah. Ini adalah kerana penjual mungkin akan berurusniaga dengan pembeli yang tidak pernah dikenali sebelum ini dan tidak mengetahui latar belakang pembeli.Penjual boleh ditipu bila-bila masa sahaja oleh pembeli yang ingkar untuk membayar harga barangan kepada penjual sedangkan penjual telah bersusah payah menghabiskan banyak perbelanjaan untuk menghantar barang yang dlpesan.Bagi pihak pembeli pula, kebimbangan akan menguasal diri mereka terhadap kejujuran penjual dalam membekalkan barangan yang benar-benar menepati apa yang dikehendaki dan memenuhi kualiti. Dalam keadaan ini, kedua-dua pihak seolah-olah takut untuk memulakan tanggungan masing-masing.Penjual tidak bersedia untuk membuat penghantaran barang kerana bimbang tidak akan dibayar, manakala pembeli pula tidak bersedia untuk membuat pembayaran selagi tidak menerima jaminan bahawa penjual akan menghantar barang yang dimaksudkan.Dalam menghadapi situasi ini, surat-surat kredit adalah salah satu cara atau jalan penyelesaian.la merupakan salah satu cara pembayaran yang diamalkan dengan meluas dalam kontrak jualan antarabangsa dewasa ini kerana menyediakan cara pembayaran paling selamat, mudah dan menjamin sekuriti yang secukupnya bagi semua pihak yang terlibat dalam kontrak jualan khususnya kepada penjual dan pembeli.Kertas kerja ini akan menerangkan tentang prosedur pembayaran melalui surat-surat kredit.Perbincangan kemudiannya akan difokuskan kepada dua prinsip utama iaitu autonomi dan pematuhan ketat (strict compliance) berdasarkan kepada kes-kes dan juga satu-satunya sumber peruntukan berkenaan dengan surat-surat kredit iaitu Uniform Customs and Practice For Documentary Credit 500(UCP500).Di samping itu, kertas kerja ini juga akan menyentuh tentang beberapa kebaikan atau keistimewaan apabila urusan pembayaran dibuat melalui surat-surat kredit.