Jenayah dalam keluarga: Penderaan dan pengabaian warga tua di Malaysia

Kurangnya penulisan dan pendedahan kepada masyarakat di Malaysia mengenai kejadian penderaan atau pengabaian yang melibatkan warga tua sebagai mangsa tidak menjadikan salah satu bentuk jenayah dalam keluarga ini sebagai kurang serius. Pada masa yang sama, terdapat sebilangan daripada ahli masyaraka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusoff, Jal Zabdi
Other Authors: Mohd Noor, Nor Azlina
Format: Book Section
Language:English
Published: UUM COLGIS Universiti Utara Malaysia 2009
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1144/1/Jal_Zabdi_Mohd_Yusoff.pdf
http://repo.uum.edu.my/1144/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kurangnya penulisan dan pendedahan kepada masyarakat di Malaysia mengenai kejadian penderaan atau pengabaian yang melibatkan warga tua sebagai mangsa tidak menjadikan salah satu bentuk jenayah dalam keluarga ini sebagai kurang serius. Pada masa yang sama, terdapat sebilangan daripada ahli masyarakat merasa ragu dan sukar untuk mempercayai bahawa ada ahli keluarga yang lebih tua menjadi mangsa penderaan atau pengabaian. Walau bagaimanapun, adalah jelas terdapat peningkatan dalam kes-kes penderaan yang melibatkan warga tua. Kajian-kajian terdahulu dan juga kes-kes yang telah dilaporkan juga menunjukkan bahawa kesan daripada penderaan atau pengabaian warga tua adalah serius sehingga boleh membawa kepada kematian. Disamping itu, terdapat juga keadaan yang mana warga tua ini dibiarkan hidup melarat oleh anak-anak mereka sendiri. Kejadian-kejadian ini telah mengundang persoalan apakah bentuk perlindungan terutamanya dari segi undang-undang yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyatnya terutama warga tua.Oleh itu, dalam artikel ini penulis ingin mengupas mengenai kerangka undang-undang yang sedia ada di Malaysia untuk menangani jenayah penderaan dan pengabaian warga tua.