Tahap penerimaan banduan terhadap hukuman mati
Hukuman mati dikategorikan hukuman yang paling berat dalam Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, jumlah penjenayah yang ditahan dan disabitkan hukuman tersebut semakin bertambah di negara kita. Penerimaan hukuman mati adalah berkait rapat dengan tahap emosi, sama ada positif atau negatif. Oleh itu, k...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/13255/1/66.pdf http://repo.uum.edu.my/13255/ http://www.ssd.uum.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Hukuman mati dikategorikan hukuman yang paling berat dalam Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, jumlah penjenayah yang ditahan dan disabitkan hukuman tersebut semakin bertambah di negara kita. Penerimaan hukuman mati adalah berkait rapat dengan tahap emosi, sama ada positif atau negatif. Oleh itu, kajian terhadap kesan emosi ini secara tidak langsung mendatangkan impak kepada proses pelaksanaan hukuman dan pemerlakuan layanan ke atas banduan serta pengurusan keselamatan penjara. Kajian ini untuk mengenal pasti tahap penerimaan banduan terhadap hukuman mati dari aspek emosi, dan puncapunca yang mengganggu emosi diri banduan akhir yang boleh menggugat keselamatan diri dan organisasi penjara.Reka bentuk kajian menggunakan kaedah temu bual bersemuka dengan sampel dipilih secara rawak dalam kalangan banduan akhir.Maka jelaslah dari penganalisaan kajian ini, menunjukkan bahawa tahap penerimaan banduan akhir terhadap hukuman mati menunjukkan kebanyakan mereka redha dengan ketentuan Ilahi dan puncapunca
yang mengganggu emosi mereka sehinggakan menyebabkan keselamatan diri dan organisasi penjara terancam disebabkan terlalu lama menunggu keputusan pengampunan.Penemuan dalam penyelidikan ini adalah satu fenomena yang benar-benar berlaku dalam penjara pada hari ini.Fenomena ini menggambarkan ada perkara-perkara tersembunyi
dirungkaikan dalam mengetahui bagaimana sesuatu perkara tersebut berlaku.Perlakuan ini jelas menunjukkan penglibatan golongan bawahan yang sering menyumbang kepada permasalahan sosial di negara ini.Dapatan kajian ini menggambarkan keadaan sebenar diri banduan akhir terhadap emosi mereka apabila berada di penjara dan berstatus banduan akhir.Hal ini kerana penyelidikan mengenai banduan akhir di Malaysia kurang dilakukan
dan dapatan ini serba sebanyak dapat memberi gambaran sebenar keadaan banduan akhir dalam menghadapi saat-saat kematian. |
---|