Pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia: Analisis trend 2000-2010
Kajian ini bertujuan menganalisis pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. Dasar kerajaan bagi mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan agenda utama negara ke arah berpendidikan tinggi selaras matlamat Malaysia seba...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/13269/1/80.pdf http://repo.uum.edu.my/13269/ http://www.ssd.uum.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan menganalisis pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. Dasar kerajaan bagi mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan agenda utama negara ke arah berpendidikan tinggi selaras matlamat Malaysia sebagai hub pendidikan serantau. Isu pengangguran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh negara bagi memastikan kesejahteraan hidup golongan siswazah selepas bergraduasi mendapat pekerjaan di sektor
kerajaan mahupun swasta. Kajian ini melibatkan siswazah di Malaysia dengan menggunakan data siri masa melalui Laporan Perangkaan Tenaga Buruh Siswazah 2011 dan Jabatan Statisitik Negara. Analisis trend dalam kajian ini merangkumi empat aspek pembolehubah pengangguran dalam kalangan siswazah iaitu jantina, etnik, kumpulan umur, bandar dan luar bandar.Pada tahun 2000 hingga 2010 menunjukkan pengangguran dalam kalangan perempuan lebih tinggi berbanding lelaki.Manakala dari aspek etnik, Bumiputera menunjukkan pengganguran lebih tinggi berbanding etnik Cina di tempat kedua, India ketiga diikuti etnik lain-lain. Peranan kerajaan, swasta dan Institusi Pengajian Tinggi perlulah seiring dalam melahirkan siswazah yang kompeten mengikut kehendak pasaran industri
agar isu pengangguran dapat ditangani bersama secara kolektif bagi mencapai hasrat dan
dasar kerajaan. |
---|