Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi pelancongan baharu di Negeri Perak
Pelancongan minat tertentu (special interest tourism) merubah konsep pelancongan yang diminati ramai pada masa kini.Perkembangan pelancongan yang berteraskan alam semulajadi (nature-based tourism) yang begitu memberangsangkan menyebabkan kerajaan memberikan perhatian serius seperti penggubalan da...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/13963/1/F.PDF http://repo.uum.edu.my/13963/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pelancongan minat tertentu (special interest tourism) merubah konsep pelancongan yang
diminati ramai pada masa kini.Perkembangan pelancongan yang berteraskan alam semulajadi
(nature-based tourism) yang begitu memberangsangkan menyebabkan kerajaan memberikan
perhatian serius seperti penggubalan dasar yang mesra pelancongan, melipatgandakan usaha
pemasaran dan promosi, penyediam kemudahan dan perkhidmatan selain menubuhkm banyak
kawasan yang dilindungi seperti taman negara, taman negeri, taman laut dan 'biosphere
reserve'.Pelancongan dilihat sebagai pemangkin dalam menjana pendapatan dan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai Kepentingan memelihara alam semulajadi.Bagi memastikan pelancongan memberikan manfaat kepada semua, perancangan sesebuah kawasan perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penawaran dan permintaan pelancongan Kegagalan merancang dengan teliti
mengakibatkan ramai pihak mengalami kerugian dalam pelaburan, kerosakan terhadap sumberjaya yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan destinasi dalam jangka masa panjang.Pulau Sembilan merupakan gugusan sembilan buah pulau yang terletak di Selat
Melaka yang terdiri daripada Pulau Buluh, Pulau Lalang, Pulau Saga.Pulau Rumbia, Pulau Nipis, Pulau Payong, Pulau Batu Putih, Pulau Batu Hitam dan Pulau Agar.Pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan syurga kepada kaki pancing.Keindahan pulau, kejernihan air laut dan tiada pencemaran marupakan aset utama pulau ini. Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Perak telah menggazetkan gugusan Pulau Sembilan sebagai taman negeri dan
berpotensi dibangunkankan sebagai produk pelancongan baharu di Negeri Perak khususnya
dan Malaysia amnya.Kertas kerja ini membincagkan latar belakang destinasi, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan, ciri-ciri pelancong aktiviti pelancong, kemudahan dan perkhidmatan pelancong yang ditawarkan.Selain itu, perbincangan juga menyentuh potensi dan cabaran kepada kelestarian destinasi pada masa depan. |
---|