Hubungan gajah dengan orang Melayu (di Semenanjung Tanah Melayu): Tumpuan terhadap aspek sosial
Alam Melayu mempunyai satu ruang geografi yang istimewa lantaran memiliki satu ketamadunan yang tinggi.Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian dan kepe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/14565/1/9.pdf http://repo.uum.edu.my/14565/ http://www.iaha2014.uum.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Alam Melayu mempunyai satu ruang geografi yang istimewa lantaran memiliki satu ketamadunan yang
tinggi.Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian
dan kepentingan budaya di Alam Melayu. Selain dari tumbuh-tumbuhan yang memainkan peranan yang
penting terhadap orang Melayu, haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan sumber
semulajadi di Alam Melayu. Melalui penelitian ini hubungan orang Melayu dengan elemen semulajadi ini
sebenarnya telah wujud dalam satu tempoh masa yang panjang. Sejarah telah membuktikan hubungan
yang terlakar ini wujud dalam satu kondisi yang cukup unik, lebih-lebih lagi penelitian diperincikan terhadap hubungan orang Melayu dengan gajah.Kajian ini merupakan satu usaha awal untuk melihat sejarah tempatan dari sisi yang sedikit berbeza.Melalui perbincangan dalam makalah ini
memperlihatkan gajah bukan hanya berperanan besar terhadap kepentingan golongan bangsawan
semata-mata, malah sangat penting dalam kehidupan sosial orang Melayu silam. Sehubungan dengan
itu, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan hubungan gajah dengan orang Melayu yang
diperlihatkan menerusi aspek sosial. Bentuk hubungan dari sudut sosial ini sebenarnya adalah rentetan daripada hubungan politik telah wujud. Bagi tujuan penelitian ini, kajian bersifat kualitatif dengan
merujuk kepada sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah
Melayu, ataupun catatan barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, makalah ini akan cuba untuk
membuktikan, kepentingan gajah yang bukan hanya tertumpu terhadap aspek politik, malah turut
signifikan terhadap aspek sosiobudaya. Menerusi makalah ini juga, diharapkan membuka satu
pandangan baru umum perihal peranan dan fungsi yang dimainkan gajah terhadap orang Melayu silam.
Justeru, dengan perbincangan ini dapat menjadi batu loncatan kepada pengkaji seterusnya bagi meneliti hubungan, fungsi serta keterlibatan haiwan-haiwan lain yang turut berperanan penting terhadap pelbagai aspek kehidupan orang Melayu silam. |
---|