Konseptualisasi Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam

Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis konsep Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam.Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai sasaran utama Negara Brunei Darussalam ke arah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanapi, Mohd Shukri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14572/1/17.pdf
http://repo.uum.edu.my/14572/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis konsep Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam.Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai sasaran utama Negara Brunei Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan undang-undang Islam selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang 2035.Idea dan hasrat Baginda ini cukup baik sekali kerana benar-benar berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam cemerlang dalam pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir.Namun, untuk mencapai kecemerlangan tersebut, semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi Negara Zikir itu terlebih dahulu supaya mereka benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat diperlukan.Tidak dinafikan juga, kemungkinan terdapat sesetengah pihak yang salah faham tentang konsep Negara Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat untuk menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT. Persoalannya, apakah konsep Negara Zikir itu? Bagaimanakah ia hendak direalisasikan di Negara Brunei Darussalam jika konsepnya belum kukuh? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep zikir dalam Islam; dan kedua, menganalisis konseptualisasi Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam berdasarkan konsep zikir dalam Islam. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder, kertas kerja ini mendapati konsep Negara Zikir ini bukanlah bersifat retorik semata-mata.Sebenarnya ia merupakan negara yang berorientasikan dan berpaksikan zikir iaitu sentiasa menghubung segala aktiviti dengan kekuasaan Allah SWT. Dalam perkataan lain, aspek siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya adalah berpaksikan zikir.