Peranan ruang 'Scared' dan 'Profance' dalam mengawal pergerakan pelancong, kajian kes: Jalan Harmoni, Bandar Lama, Melaka
Pelancongan Warisan (Heritage Tourism) merupakan salah satu konsep pelancongan yang semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Ini dapat dilihat dengan peningkatan kedatangan pelancong di setiap destinasi pelancongan warisan yang terpilih seperti di Rapa Nui (Easter Island, Chile) seramai 3,564 ora...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/14734/1/Johan-b.pdf http://repo.uum.edu.my/14734/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pelancongan Warisan (Heritage Tourism) merupakan salah satu konsep pelancongan yang semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Ini dapat dilihat dengan peningkatan kedatangan pelancong di setiap destinasi pelancongan warisan yang terpilih seperti di Rapa Nui (Easter Island, Chile) seramai 3,564 orang (1986) kepada 10,161 orang (1995) dan
Cracow (Poland) seramai 2,600 orang (1987) kepada 3,700 orang pada (1996).Tujuannya bagi meningkatkan pencapaian terhadap pemuliharaan dan persembahan terhadap sejarah bandar tanpa mengabaikan sosioekonomi dan aspirasi penduduk bandar.Bandar-bandar bersejarah (historic cities) pada amnya melalui beberapa peringkat perkembangan meliputi pengekalan (preservation), pemuliharaan (conservation), persembahan (presentation) dan mengkomoditikan (commoditification).Oleh yang demikian, kebanyakan bandar-bandar bersejarah dipersembahkan kepada pelancong sebagai bahan
warisan.Sesuatu bandar tersebut akan mencapai tahap dikomoditikan secara tidak langsung jika sambutan dan kedatangan pelancong adalah menggalakkan dan dapat menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk bandar. Perkembangan konsep pelancongan ini telah menjadi satu komponen penting di dalam pelancongan bandar (urban tourism).Pada asasnya, pelancongan warisan mempromosikan pemuliharaan bangunan bersejarah dan monumen untuk tatapan pelancong.Secara tidak langsung, pelancongan telah meningkatkan pendapatan dan memberikan peluang pekerjaan
kepada penduduk sekitar.Pelancong mengunjungi ke tempat-tempat bersejarah kerana tertarik kepada peninggalan barangan purba dan pencapaian teknologi tamadun yang lepas, menikmati dan menghargai keindahan kesenian dan senibina serta tertarik kepada bangunan dan tempat yang mempunyai
maksud sejarah berbanding keindahan visual.Walau bagaimanapun, kemasukan pelancong dalam bilangan yang besar mampu menjanakan impak negatif terhadap destinasi bersejarah seperti vandalism, monumen dan fabrik menjadi lusuh serta konflik penggunaan laluan antara kenderaan dan pejalan kaki. Disamping itu menyumbangkan kepada keadaan tidak tenang (privacy) terhadap penduduk dalam menjalani kehidupan seharian.Kertas kerja ini akan membincangkan kajian yang telah dilakukan di Jalan Harmoni, Melaka mengenai peranan ruang 'sacred and profane' dalam mengawal pergerakan pelancong
terutamanya di rumah-rumah ibadat.Kandungan kertas kerja ini meliputi pengertian pelancongan bersejarah, maksud 'sacred and profane' dan kepentingannya dalam mewujudkan keadaan harmoni kepada pelancong dan penganut agama-agama yang
melakukan ibadat di kawasan tersebut. |
---|