Kevariasian bahasa lisan sebagai transformasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu
Bahasa bervariasi menurut tiga dimensi besar, iaitu berdasarkan kawasan geografi, tempoh masa dan juga ruang sosial (Trudgill, 1978; Labov, 1980; Chambers dan Trudgill, 1990 dan Milroy, 1980). Begitu juga dengan bahasa Melayu itu sendiri yang bervariasi dari segi sebutannya, morfologi, sintaksis dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/15874/1/KEVARIASIAN.pdf http://repo.uum.edu.my/15874/ http://mabbim.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/04/transformasi.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bahasa bervariasi menurut tiga dimensi besar, iaitu berdasarkan kawasan geografi, tempoh masa dan juga ruang sosial (Trudgill, 1978; Labov, 1980; Chambers dan Trudgill, 1990 dan Milroy, 1980). Begitu juga dengan bahasa Melayu itu sendiri yang bervariasi dari segi sebutannya, morfologi, sintaksis dan leksikal.Collins (1981) turut menjelaskan kelainan atau variasi daripada satu bahasa, yakni sebagai satu ragam bahasa yang dapat dibezakan daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa.Selain dilihat bahasa bervariasi dari sudut geografi, masa dan sosial, bahasa juga bervariasi dari aspek saluran penyampaian, iaitu
lisan1 dan tulisan. Idris (2010: 26) menjelaskan bahawa “wacana lisan sangat produktif dan asas dalam kehidupan harian manusia”.Manakala wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan oleh pewacananya secara bertulis. Menurut beliau lagi, wacana lisan mempunyai fungsi simpanan yang membolehkan komunikasi berlangsung melampaui
batas dan ruang, dan wacana tulisan sebagai transaksi idea hasil daripada wacana lisan. Dapatlah dijelaskan bahawa wacana lisan dan tulisan sama pentingnya dan saling melengkapi dalam memerihalkan penggunaan bahasa.Namun persoalan yang paling utama sekali dalam variasi bahasa ialah bahasa tersebut sering dilihat sebagai tidak bervariasi atau dikatakan bersifat seragam dan mengabaikan konteks pengguna bahasa
yang sebenar. Ada sesetengah pakar bahasa yang tidak melihat konteks penggunaan bahasa sama ada tulisan bahkan lisan juga.Inilah yang membezakan sesetengah ahli bahasa dengan ahli bahasa yang lain, yang mana bahasa dilihat lebih bervariasi
sekiranya diambil kira konteks, iaitu bahasa dihasilkan oleh orang-orang Melayu sendiri dalam berinteraksi dan dalam menyatakan fikiran mereka dalam bahasa mereka (Asmah, 2005). |
---|