Memperkayakan pengalaman keusahawanan pelajar melalui koperasi
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dianggap amat penting dalam membangunkan pelajar agar menjadi usahawan yang berjaya.Dikenali sebagai sebuah universiti yang menawarkan berbagai bidang pengurusan dan perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) me...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/16391/1/36.pdf http://repo.uum.edu.my/16391/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dianggap amat penting dalam membangunkan pelajar agar menjadi usahawan yang berjaya.Dikenali sebagai sebuah universiti yang menawarkan berbagai bidang pengurusan dan perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan pelbagai inisiatif dalam pendidikan keusahawanan kepada pelajarnya.Antara program yang diperkenalkan adalah (i) program pengajian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh School of Business Management, (ii) program pengajian Ijazah Sarjana Teknopreneur, (iii) modul-modul Ko-Keusahawanan yang ditawarkan sebagai pilihan dalam memenuhi komponen ko-kurikulum yang perlu diambil sebagai memenuhi syarat graduasi setiap semua pelajar UUM, dan (iv) kursus Asas Keusahawanan yang dijadikan
sebagai kursus asas university dan oleh itu perlu diambil oleh setiap pelajar UUM sebagai memenuhi
syarat graduasi.Program Siswaniaga adalah salah satu program yang turut diperkenalkan sebagai
platform untuk para pelajarnya mengendalikan perniagaan mereka semasa di kampus. Namun
demikian, masalah yang dihadapi oleh peserta program ini mendorong pihak universiti mewujudkan
satu bentuk konsortium yang kini dibangunkan sebagai satu koperasi. Kertas ini melaporkan status semasa inisiatif UUM tersebut, iaitu koperasi pelajar yang dinamakan sebagai Koperasi Siswa (KoSiswa). Koperasi Siswa telah diperkenalkan di seluruh negara dan kertas ini membawa perbincangan awal berkaitan koperasi siswazah secara amnya dan KoSiswa secara khususnya di UUM. |
---|