Kebebasan beragama: Hak peribadi atau hak negara?

Kebebasan beragama adalah antara hak kebebasan asasi yang diberikan oleh sesebuah negara kepada warganegara mereka dalam Perlembagaan. Kebebasan beragama biasanya terdiri daripada kebebasan untuk menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama.Sebelum hak ini wujud sebagai hak undang-undang, agama te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halim, Rohizan, Yusof, Yuhanif
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/17107/1/11.pdf
http://repo.uum.edu.my/17107/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kebebasan beragama adalah antara hak kebebasan asasi yang diberikan oleh sesebuah negara kepada warganegara mereka dalam Perlembagaan. Kebebasan beragama biasanya terdiri daripada kebebasan untuk menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama.Sebelum hak ini wujud sebagai hak undang-undang, agama telah lama diiktiraf sebagai hak moral. Hak ini telah diberikan oleh Pencipta kepada manusia. Apa yang wujud pada mulanya sebagai hak moral sukar dilaksanakan kerana peningkatan dalam bilangan manusia serta kemajuan dalam teknologi komunikasi global. Keupayaan manusia untuk bergerak bebas dan proses asimilasi etnik dan agama telah menyumbang kepada agama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Ada peperangan yang berkaitan dengan agama dan juga campurtangan kerajaan dalam isu agama dengan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan. Terdapat negara-negara yang mendakwa mereka tidak menganggu hak warganegara mereka apabila melibatkan isu-isu agama. Sejauh mana agama boleh dikekalkan sebagai hak peribadi? Kertas kerja ini akan membincangkan realiti samada hak kebebasan beragama boleh terus wujud sebagai hak moral dan menjadi hak peribadi individu dengan menggunakan kaedah kualitatif dan doktrinal.Kesimpulan akan dibuat berdasarkan data yang diperolehi samada hak kebebasan beragama adalah hak peribadi atau hak negara.