Refleksi hisbah kendiri dalam program kecemerlangan pelajar IPTA

Kecemerlangan pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 menitik beratkan potensi yang menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, ernosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Makhsin, Mardzelah, Rashed, Zetty Nurzuliana, Azid @ Aziz, Nurulwahida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/17919/1/ICIESE%202015%20985-993.pdf
http://repo.uum.edu.my/17919/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kecemerlangan pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 menitik beratkan potensi yang menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, ernosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.Usaha memastikan manusia berkemampuan dalam menjalankan tanggung jawab sehingga layak digelar insan kamil yang soleh memerlukan kesedaran berakhlak yang berterusan. Kesedaran berakhlak dalam Islam adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam pembentukan muslim yang mempunyai personaliti insan kamil rnenurut al-Quran dan aldunnah.Kajian ini rnerupakan satu usaha untuk meninjau keberkesanan arnalan hisbah kendiri dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dari aspek musyaratah (perjanjian hati), muraqabah (pemerhatian tingkah laku), muhasabah (perhitungan amalan), muaqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan muatabah (pembersihan jiwa) menerusi amalan.jurnal refleksi hisbah kendiri.Hasil kajian menunjukkan amalan hisbah kendiri berupaya kawalan diri terhadap sifat mazmumah dan mendorong diri dengan sifat mahmudah ke arah mencapai kecemerlangan insan kamil.